Latest News

Sukma 2011

Posted by Jgs3100 Monday, December 20, 2010, under | 3 comments
Senarai Acara Sukan Malaysia (Sukma) 2011:
Besbol,Bola Jaring, Bola Keranjang, Bola Tampar,Bola Tampar Pantai, Ekuestrian, Petanque, Golf, Judo, Kabaddi, Kenu, Kriket,Lawan Pedang, Mendayung, Ping-Pong, Ragbi, Silambam, Snuker & Biliard, Sofbol,Tenis, Tinju, Bola Baling, Woodball, Renang Irama Dan Polo Air.

Sukan Wajib 2012:
Akuatik (Renang, Terjun), Badminton, Bola Sepak, Gimnastik, Hoki, Olahraga, Skuasy, Tenpin Boling, Angkat Berat, Berbasikal, Karate, Boling Padang, Memanah, Menembak, Perahu Layar, Silat, Sepak Takraw, Taekwondo Dan Wusyu.

Sukan Malaysia (Sukma) 2011 akan berlangsung di Kompleks Sukan Negara (KSN) di Bukit Jalil dari 28 Mei 2011 hingga 11 Jun 2011.


Kem Motivasi dan kecergasan Sekolah Sukan Negeri Tun Hussien Onn

Posted by isn-johor Tuesday, October 19, 2010, under | 0 comments
Tarikh : 6-8 Oktober 2010


Tempat : SSN Tun Hussien Onn



Dengan kerjasama Erat antara ISN Johor dan Majlis Sukan Negeri Johor di bawah Unit Pembangunan dan Sains Sukan, Pada 6-8 oktober 2010 telah diadakan satu Kem Motivasi dan kecergasan Sekolah Sukan Negeri yang bertempat di Kluang Johor,Seramai 6 Orang Pegawai dan anggota Pusat Satelit ISN johor telah terbabit dalam program pada kai ini.

program yang diadakan di sekolah itu sendiri bertujuan untuk Memperlengkapkan atlet dengan pengetahuan aspek sains sukan khususnya untuk ke Karnival sekolah-sekolah sukan Negeri 2010 yang akan berlangsung di Negeri Kedah dan Karnival pelapis di Negeri Sembilan. Dalam masa yang sama ia bagi Menilai prestasi atlet dalam ujian kecergasan agar dapat melakukan penambahbaikan sebelum ke karnival sukan tersebut.

Program yang di sepenuhnya oleh Team ISN Johor dengan kerjasama MSNJ ini di harap dapat memberi input kepada atlet dalam memepersiapkan diri ke karnival sukan tersebut.kerjasama yang baik di beri oleh Pihak sekolah terutama dari Cikgu Mustapa dan Pn Pengetua diharap dapat berterusan dalam memajukan sukan Di negeri Johor ini.

Sesi Ujian Kecergasan



Sesi Pemakanan, Latihan Dalam Kumpulan dan Sesi Psikologi Sukan






Sesi Latihan Kecergasan





Setinggi Penghargaan Kami Ucapkan atas Segala Kerjasama yang Diberikan Oleh Pihak Sekolah, Majlis Sukan Negeri Johor dan Atlet Sekolah Sukan Tun Hussien Onn Dalam menjayakan program yang dianjurkan pada kali ini.

Diharap Dengan Kerjasama yag rapat ini mampu untuk Menyumbang ke arah satu matlamat sukan yang lebih cemerlang

Selamat Hari Raya

Posted by Jgs3100 Wednesday, September 29, 2010, under | 1 comments
Pengawai dan Anggota Pusat Satelit ISN Johor mengucapkan Selamat hari Raya kepada Semua pembaca blog ini, terutama kepada Jurulatih, pegawai dan atlet yang telah berkerjasama dengan team ISN Johor.  Semoga dapat berkerjasama lagi lebih erat pada masa-masa akan datang. Minal Aidil Wal faizin..

SUKAN MALAYSIA KE 13 , 2010

Posted by Jgs3100 Tuesday, June 22, 2010, under | 1 comments
Alhamdulillah Bermula dari 9hb -19hb jun 2010 di Melaka Bandaraya Bersejarah, akhirnya Sukan Malaysia ke13(SUKMA) berakhir dengan jayanya, sasaran yang ditetapkan telah mampu di capai oleh Kontinjen johor dengan sebanyak 40 pingat emas, 39 pingat perak dan 53 pingat gangsa, Ini adalah pembuka kepada lebaran baru dalam memartabatkan Sukan Di negeri Johor yang mana selama 25 tahun tidak pernah memecahkan tembok 28 pingat emas, 2010 menjadi sejarah kepada perubahan Sukan di negeri Johor,Hasil Usaha Atlet dan Jurulatih selama ini menunjukkan hasil yang memberangsangkan. TAHNIAH SEKALI LAGI DI UCAPKAN,
kami di Pihak Team ISN Johor mengucapkan setinggi2 tahniah ke atas kejayaan Kontinjen Harimau Selatan dan Penghargaaan juga Kepada Sekkreteriat Sukma Johor Yang sudi Berkerjasama dan membawa  Team ISN Johor ke sukma pada kali ini...
          




 



Penyumbang pingat kontinjen Harimau Selatan mengikut sukan

Harapan Kami Dr Team ISN Johor agar dapat terus Bekerjasama Dengan Majlis Sukan Negeri Johor, Jurulatih dan Atlet Kontinjen Harimau selatan dalam menuju Kegemilangan Sukan di Negeri Johor.
WHO AM I?
I AM A CHAMPION!!

karnival pelapis kebangsaan 1/2010 -2nd Day

Posted by Jgs3100 Friday, April 23, 2010, under | 0 comments
pada hari kedua ini semua sukan telah berlangsung di vanue pertandingan masing-masing. untuk memanah, tinju dan sepak takraw berlangsung di stadium Sultan Abdul halim di Suka Menanti. atlet memanah serantau, fairus telah mendapat tempat pertama bagi jarak 70meter dan siti mendapat tempat ke dua.


Bagi sukan tinju pada hari kedua ini berlangsung peringkat suku dan separuh akhir bagi kategori masing- masing
untuk sukan takraw, 2 jenis kategori di pertandingkankan,

Untuk pertandingan silat, pertandingan di jalankan di Dewan Tuan Syed Omar, Terdapat 2 jenis kategori, silat seni dan olahraga, pada kejohanan kali ini  7 pesilat pelapis silat olahraga  telah layak untuk ke peringkat separuh akhir.
kesemua acara hari ini tamat pada waktu petang pada pukul 6.30 ptg... tahniah kepada atlet yang telah layak kepringkat seterusnya. semoga dapat mencapai kilauan Emas di kejohanan pelapis pada kali ini.

sekitar karnival pelapis

Posted by Jgs3100 Thursday, April 22, 2010, under | 1 comments
Tempat : Kedah darul aman
Tarikh :22/4/2010

karnival pelapis peringkat kebangsaan siri 1/2010 di kedah ini berlangsung dr 22-25hb april 2010.. seramai 2 orang pegawai dari Team ISN Johor telah terbabit dalam karnival pada kali ini... pada kali ini team pelapis johor menghantar sebanyak 7 acara untuk dipertandingkan, iaitu memanah,silat, tinju, takraw,gimrama, menembak,olahraga
Pada hari pertama in hanya 3 sukan telah berlangsung secara rasminya.. iaitu sukan Tinju, Gimrama dan silat. manakala bagi bagi sukan memanah, harini ada hari sigters dan tool inspection







Team ISN johor akan cuba meng"update" dari masa ke semasa.. Terima Kasih kepada USPN kerana melibatkan Team Johor kali ini..

Bengkel First Aid

Posted by Hi, Monday, April 19, 2010, under | 0 comments
Pada 17hb April 2010, satu bengkel First Aid telah diadakan di Hotel Grand Continental, Melaka. Bengkel ini telah disampaikan oleh penceramah daripada ISN. Ianya disasarkan kepada pengurus dan jurulatih yang terlibat dengan Sukan Malaysia 2010. Di antara topik yang telah dikupas oleh penceramah adalah seperti rawatan menggunakan ais, kecederaan patah tulang dan juga taping & strapping techniques. Berikut adalah klip-klip video bagi taping & strapping techniques.

Sukma Diadakan Setiap Tahun Bermula Tahun Hadapan

Posted by Jgs3100 Friday, April 9, 2010, under | 1 comments
KUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama) -- Selepas 24 tahun dianjurkan sebagai temasya dwitahunan, Sukan Malaysia (Sukma) mungkin diadakan setiap tahun mulai 2011.
Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata bermula tahun hadapan, temasya Mini Olimpik yang diperkenalkan pada 2008, akan dimansuhkan dan diserap ke dalam Sukma.
Beliau berkata tuan rumah bagi Sukma yang diadakan setiap tahun itu akan diselang-selikan di antara Kompleks Sukan Negara di Bukit Jalil dan negeri-negeri.
"Bermula tahun hadapan Sukma yang digabungkan dengan Mini Olimpik akan diadakan dalam skala lebih besar. Cadangan mengadakan Sukma setiap tahun ini bagaimanapun perlu mendapat kelulusan Kabinet terlebih dahulu," katanya kepada pemberita, di sini pada Rabu.
Terdahulu, Ahmad Shabery mempengerusikan mesyuarat Lembaga Pengurus Majlis Sukan Negara (MSN) di Bukit Jalil. Turut hadir Ketua Pengarah MSN, Datuk Zolkples Embong dan Ketua Pengarah Institut Sukan Negara (ISN) Datuk Dr Ramlan Abd Aziz.Temasya Sukma ke-13 pada tahun ini akan berlangsung di Melaka, dari 10 hingga 19 Jun ini.

Ahmad Shabery berkata tujuan Sukma diadakan setiap tahun bagi membolehkan persatuan dan atlet sentiasa meningkatkan prestasi dan supaya persediaan ke kejohanan lebih besar dibuat dengan teliti.

"Jurang Sukma sebelum ini yang diadakan dua tahun sekali, agak jauh menyebabkan persatuan dan atlet tidak aktif dan hanya menunggu temasya tahun berikutnya," katanya.

Ahmad Shabery berkata Sukma di Kompleks Sukan Negara kelak akan memberi tumpuan kepada jenis sukan elit sementara temasya di negeri-negeri turut menawarkan acara sukan lain.

 
Mengenai isu tarikh penganjuran Sukma di Melaka yang berlangsung pada masa yang sama dengan Kejohanan Bola Sepak Piala Dunia di Afrika Selatan, Ahmad Shabery berkata tarikh penganjuran Sukma dipilih berdasarkan kesesuaian dengan cuti sekolah.

"Tiada arahan dikeluarkan supaya tarikh tersebut bertembung dengan Piala Dunia. Cuma Sukma memang diadakan pada musim cuti sekolah," katanya.


Piala Dunia akan berlangsung dari 11 Jun hingga 11 Julai.

hasil dr
http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newssport.php?id=486865

Team Silambam Sukma Johor! 2nd Edition

Posted by Jgs3100 Wednesday, April 7, 2010, under | 2 comments
Tarikh   : 03 April 2010 (Ahad)
Tempat : Pusat Latihan Silambam Taman Molek
Pemantauan dan sesi psikologi telah dijalankan ke atas atlet silamabam dan sesi ini akan berterusan setiap minggu hingga sukma 2010 berlangsung