Latest News

TahniaH!!!

Posted by isn-johor Friday, February 19, 2010, under | 0 comments
Tahniah kepada Team ISN Johor Kerana Capaian Pengunjung telah Melebihi 1000 kali... semoga terus maju dalam menyampaikan berita dan aktiviti di Pusat Satelit Johor.... kepada para pegawai dan anggota.. diharap dapt terus memberikan aktiviti dan meng"update" blog ini
:) terima Kasih kepada yg menjayakannya

Sesi Pengenalan Asas Kecederaan Sukan

Posted by Anonymous Tuesday, February 2, 2010, under | 1 comments










Pada 1 Februari 2010 telah diadakan sesi pengenalan asas tentang kecederaan sukan yang telah dijalankan oleh Pegawai Suaian Fizikal Pusat Satelit Larkin iaitu Mohamad Nawawi Farhan kepada 27 orang atlet sukan silat SUKMA Johor dan pelapis negeri Johor. Ini adalah sebagai salah satu slot sepanjang kem silat bagi persediaan ke sukan SUTERA di Terengganu yang akan diadakan pada 05-07 Februari ini. Para atlet telah diberikn pendedahan terhadap kecederaan sukan dan diperkenalkan tentang ubat-ubatan yang digunapakai sekiranya berlaku kecederaan. Kerjasama yang diberikan kepasa atlet amat mengalakkan. Sesi sebegini sedikit sebanyak telah dapat mendekatkan atlet dengan pegawai-pegawai Pusat Satelit ISN Larkin. Semoga kerjasama sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang. Terima kasih diucapkan kepada atlet silat Johor serta jurulatih yang telah memberi kepercayaan dan kerjasama kepada Pusat Satelit ISN Larkin dalam bersama-sama memajukan dan mempertingkatkan mutu sukan di negeri Johor.

Kem Kekentalan Minda Kontinjen SUKMA Johor 2010 di Mutiara Motor Resort, Sedili Kota Tinggi

Posted by isn-johor , under | 5 comments
Pada 28-31 Januari 2010, Sekretariat SUKMA Johor telah mengadakan Kem Kekentalan Minda Kontinjen SUKMA Johor 2010 yang bertempat di Mutiara Motor Resort, Sedili Kota Tinggi.
Kem ini bertujuan memastikan pasukan-pasukan bersedia bagi menghadapi SUKMA 2010 nanti. Selain itu, ia bertujuan meningkatkan semangat perjuangan yang tinggi untuk memastikan setiap atlet akan memberikan persembahan yang baik.
Seramai 84 orang atlet yang terdiri dari sukan angkat berat, boling padang, memanah, menembak, petanque dan tenpin boling.
Sesi Debat Harimau Selatan

13 Step & Tangga Kejayaan

13 Step & Tangga Kejayaan

Survival Challenge


Latihan Kecergasan dan Kekuatan Fizikal



Sesi Psikologi



Latihan Konsentrasi oleh Pegawai Psikologi ISN


Latihan Kecergasan dan Kekuatan Fizikal