Sesi Pengenalan Asas Kecederaan Sukan

Posted by Anonymous Tuesday, February 2, 2010, under | 1 comments










Pada 1 Februari 2010 telah diadakan sesi pengenalan asas tentang kecederaan sukan yang telah dijalankan oleh Pegawai Suaian Fizikal Pusat Satelit Larkin iaitu Mohamad Nawawi Farhan kepada 27 orang atlet sukan silat SUKMA Johor dan pelapis negeri Johor. Ini adalah sebagai salah satu slot sepanjang kem silat bagi persediaan ke sukan SUTERA di Terengganu yang akan diadakan pada 05-07 Februari ini. Para atlet telah diberikn pendedahan terhadap kecederaan sukan dan diperkenalkan tentang ubat-ubatan yang digunapakai sekiranya berlaku kecederaan. Kerjasama yang diberikan kepasa atlet amat mengalakkan. Sesi sebegini sedikit sebanyak telah dapat mendekatkan atlet dengan pegawai-pegawai Pusat Satelit ISN Larkin. Semoga kerjasama sebegini dapat diteruskan pada masa akan datang. Terima kasih diucapkan kepada atlet silat Johor serta jurulatih yang telah memberi kepercayaan dan kerjasama kepada Pusat Satelit ISN Larkin dalam bersama-sama memajukan dan mempertingkatkan mutu sukan di negeri Johor.

One Response to "Sesi Pengenalan Asas Kecederaan Sukan"

  1. e k i n Says:

    untuk kami takde k?....