Pembentangan Keputusan Ujian Kecergasan SUKMA Negeri Sembilan

Posted by isn-johor Wednesday, April 7, 2010, under | 0 comments
Pada 28 dan 29 Mac 2010 yang lepas, pasukan ISN Johor yang diwakili oleh Pegawai Fisiologi, Muhammad Ridzwan Zakaria dan Pegawai Suaian Fizikal, Mohamad Nawawi Farhan berada di Majlis Sukan Negeri Sembilan bagi membentangkan keputusan ujian kecergasan pasukan SUKMA Negeri Sembilan susulan daripada ujian kecergasan yang dijalankan pada 7-9 Mac yang lepas. Kehadiran jurulatih dan staff MSNNS sepanjang pembentangan amat memuaskan. Mereka memberi tumpuan sepenuhnya sepanjang pembentangan bagi meningkatkan kecergasan atlet masing masing menjelang SUKMA ke 13 di Melaka pada Jun nanti. Syabas diucapkan....



Antara jurulatih yang hadir, pingpong, ragbi, badminton , tenis



Jurulatih tekun mendengar semasa pembentangan


Ridzwan menerangkan norma dan keputusan ujian kecergasan

Pengarah Majlis Sukan Negeri Sembilan Encik Fouzee memberi kata kata aluan


One Response to "Pembentangan Keputusan Ujian Kecergasan SUKMA Negeri Sembilan"