Sukma 2011

Posted by Jgs3100 Monday, December 20, 2010, under | 3 comments
Senarai Acara Sukan Malaysia (Sukma) 2011:
Besbol,Bola Jaring, Bola Keranjang, Bola Tampar,Bola Tampar Pantai, Ekuestrian, Petanque, Golf, Judo, Kabaddi, Kenu, Kriket,Lawan Pedang, Mendayung, Ping-Pong, Ragbi, Silambam, Snuker & Biliard, Sofbol,Tenis, Tinju, Bola Baling, Woodball, Renang Irama Dan Polo Air.

Sukan Wajib 2012:
Akuatik (Renang, Terjun), Badminton, Bola Sepak, Gimnastik, Hoki, Olahraga, Skuasy, Tenpin Boling, Angkat Berat, Berbasikal, Karate, Boling Padang, Memanah, Menembak, Perahu Layar, Silat, Sepak Takraw, Taekwondo Dan Wusyu.

Sukan Malaysia (Sukma) 2011 akan berlangsung di Kompleks Sukan Negara (KSN) di Bukit Jalil dari 28 Mei 2011 hingga 11 Jun 2011.




Hanya 24 Acara Dipertandingkan Pada Sukma Mulai 2011
KUALA LUMPUR: Sukan Malaysia (Sukma) yang menjadi temasya tahunan mulai tahun depan akan hanya mempertandingkan maksimum 24 jenis sukan termasuk lima sukan pilihan, kata Majlis Sukan Negara (MSN), Isnin.

Ketua Pengarahnya Datuk Zolkples Embong berkata langkah mengehadkan bilangan jenis sukan pada temasya itu bagi mengelak penganjur dibebani dengan masalah kewangan.
"MSN memperuntukkan hanya RM3 juta untuk SUKMA edisi pertama di Kuala Lumpur pada 1986 tetapi tuan rumah Melaka membelanjakan lebih RM34 juta untuk edisi ke-13 pada Julai lalu," katanya,.

Sebelum itu, Zolkples membentangkan kertas kerja bertajuk `Sukan Malaysia Sebagai Pemangkin Kepada Pembangunan Sukan di Malaysia' pada Seminar Penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) hari ini.
Seminar dua hari itu bertujuan melicinkan aturan SUKMA selepas Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Sukan (JKPS) pada Mei lalu memutuskan bahawa temasya tersebut diadakan setiap tahun, berselang seli di antara MSN di Kompleks Sukan Negara, Bukit Jalil dengan negeri-negeri.
SUKMA 2011 akan dikelolakan oleh MSN di Bukit Jalil sementara tahun berikutnya akan diadakan di Pahang.

Sukan wajib pada SUKMA ialah akuatik (renang, terjun), badminton, bola sepak, gimnastik, hoki, olahraga, skuasy, tenpin boling, angkat berat, berbasikal, karate, boling padang, memanah, menembak, perahu layar, silat, sepak takraw, taekwondo dan wushu.

Acara pilihan pula ialah besbol, bola jaring, bola keranjang, bola tampar,bola tampar pantai, ekuestrian, petanque, golf, judo, kabaddi, kenu, kriket,lawan pedang, mendayung, ping-pong, ragbi, silambam, snuker & biliard, sofbol,tenis, tinju, bola baling, woodball, renang irama dan polo air.
Zolkples berkata bagi acara pilihan, acara yang telah dipertandingkan, tidak boleh dipilih oleh tuan rumah berikutnya.
"Bagaimanapun, acara pilihan yang cemerlang di kejohanan antarabangsa seperti Sukan SEA, Komanwel atau Sukan Asia, akan dinaiktaraf ke acara wajib pada SUKMA," katanya.

Seminar tersebut dihadiri oleh Majlis Sukan Negeri, persatuan sukan dan pentadbir sukan dan hasil daripada seminar tersebut akan diteliti oleh Ahli Lembaga Pengurusan MSN dan Majlis Tertinggi SUKMA sebelum dibentangkan kepada JKPS.-BERNAMA
 Sumber http://mstar.com.my/variasi/sukan/cerita.asp?file=/2010/12/10/mstar_sukan/20101210175645&sec=mstar_sukan

One Response to "Sukma 2011"

  1. Anonymous
    Says:

    sila ke laman rasmi utk keterangan lanjut =)

    http://sukanmalaysia.nsc.my/

  1. Anonymous
    Says:

    sila ke laman rasmi utk keterangan lanjut =)

    http://sukanmalaysia.nsc.gov.my/

  1. emkay
    Says:

    sukma 2011 ada acara wajib ka?