Posted by Jgs3100
Monday, March 29, 2010, under
|
Tarikh : 28/03/2010
masa : 8.00-12.30
Sukan : Perahu Layar
Untuk kali ini seramai 3 orang dari Team ISN Johor telah ke pusat latihan Perahu Layar di Tg Langsat, Pasir Gudang dalam membuat pemantauan dan memberikan perkhidmatan sains sukan. ketiadaan peralatan tidak menjadi penghalang kepada team ISN Johor untu memberikan perkhidmatan kepada atlet sailing johor....
semoga success sailing team
Posted by Jgs3100
Wednesday, March 24, 2010, under
|
Ini adalah usaha berterusan team ISN Johor dalam mendidik atlet dan jurulatih kearah pemakanan Sukan yang tepat bagi mencapai sukan Johor yang cemerlang
Design oleh En Azlan b Abd Aziz
Posted by Jgs3100
, under
|
Ini adalah usaha promosi yang berterusan team ISN Johor dalam mendidik atlet dan jurulatih kearah mencapai sukan Johor yang cemerlang
Design di rekacipta oleh En, Azlan b Abd aziz
Posted by Hi,
Wednesday, March 10, 2010, under
|
Satu sesi ujian kecergasan telah diadakan pada 10 hingga 12 Februari 2010 yang bertempat di Dewan Terbuka Akademi Serantau Zon Selatan. Ujian ini adalah bertujuan untuk merekod dan menguji tahap kecergasan atlet-atlet yang akan mewakili Negeri Johor ke temasya Sukan Malaysia XIII yang akan berlangsung di Melaka pada bulan Jun ini. Sesi ini telah disertai oleh atlet-atlet Pelapis Negeri Johor yang telah dipilih untuk mewakili Negeri Johor ke Sukan Malaysia XIII. Ujian yang dilakukan adalah vertical jump, standing broad jump, sit and reach, push-up, sit-up, dan juga yo-yo endurance test (beep test)..
Posted by isn-johor
Friday, February 19, 2010, under
|
Tahniah kepada Team ISN Johor Kerana Capaian Pengunjung telah Melebihi 1000 kali... semoga terus maju dalam menyampaikan berita dan aktiviti di Pusat Satelit Johor.... kepada para pegawai dan anggota.. diharap dapt terus memberikan aktiviti dan meng"update" blog ini
:) terima Kasih kepada yg menjayakannya
Posted by Anonymous
Tuesday, February 2, 2010, under
|
Posted by isn-johor
, under
|
Pada 28-31 Januari 2010, Sekretariat SUKMA Johor telah mengadakan Kem Kekentalan Minda Kontinjen SUKMA Johor 2010 yang bertempat di Mutiara Motor Resort, Sedili Kota Tinggi.
Kem ini bertujuan memastikan pasukan-pasukan bersedia bagi menghadapi SUKMA 2010 nanti. Selain itu, ia bertujuan meningkatkan semangat perjuangan yang tinggi untuk memastikan setiap atlet akan memberikan persembahan yang baik.
Seramai 84 orang atlet yang terdiri dari sukan angkat berat, boling padang, memanah, menembak, petanque dan tenpin boling.
Sesi Debat Harimau Selatan
Posted by isn-johor
Wednesday, January 27, 2010, under
|
Tarikh : 24/01/2010
Masa : 7.00-12.00
Tempat : Pusat Latihan Perahu Layar. Tanjung Langsat. Pasir Gudang Johor
Bertepatan dengan Motto Pemantauan berterusan dan penyediaan Perkhidmatan Sains Sukan berterusan, Siri ke 5 sesi pemantauan dan pemerhatian di tempat Latihan perahu layar Telah diadakan pada 24 januari yang lalu, Seramai 3 Orang Pegawai dan Anggota Team ISN JOHOR telah menjalankan tugas tersebut.
dalam masa itu, Atlet telah di berikan training program untuk meningkatkan kecergasan yang disedia kan oleh Encik nawawi farhan dr Unit Suaian Fizikal, latihan kecergasan ini adalah menggunakan segala peralatan yang ada di sekeliling pusat latihan, ini oleh kerana tumpuan latihan adalah kepada bebanan badan (body weight training). dalam masa yang sama Unit Psikologi Sukan telah memberikan Gelang tangan sebagai que trigger kepada Atlet untuk digunak semasa pertandingan di langkawi pada 28-31/1/2010 iaitu kejohanan perahu layar kfc langkawi geopark international regatta2010
Posted by isn-johor
, under
|
Tarikh : 21/01/2010
Masa : 11.00-12.00
Tempat : Bilik Rileksasi ISN Johor
Pada awal tahun 2010, Isn Johor telah menerima kemasukan pelajar Praktikal atau Latihan industri daripada Kolej Shahputra, Cik Nurain bt rosly, pada awal kemasukan, pelajar ini telah di letakkan di bwah pemantauan Unit Psikologi. setelah di minggu terakhir bersama psikologi sukan dia telah diberikan tugasan oleh unit psikologi sukan untuk membuat perbentangan, cik ain telah memilih tajuk "Team Cohesion". semua Team ISN Johor terbabit semasa dalam perbentangan tersebut. segala kerjasama, Unit psikologi Sukan mengucakapkan ribuan terima kasih

Posted by Jgs3100
Thursday, January 14, 2010, under
|
Tarikh : 10 Januari 2010
Masa 7.25 - 1.00ptg
Tempat : Pusat Latihan Perahu Layar, Tanjung langsat. Pasir Gudang Johor
bagi Memastikan atlet johor dapat memahami dan menggunakan Sains Sukan dalam latihan mereka Secara Berterusan, Team ISN Johor telah Melakukan Pemantauan dan Perkhidmatan Sains Sukan Kepada atlet perahu layar melakukan sesi latihan di Tanjung Langsat. Seramai 3 anggota Pegawai Pusat Satelit Johor telah turun Padang seperti sebelumnya utuk memberi perkhidmatan Sains Sukan.