Latest News
SUKAN MALAYSIA KE 13 , 2010
Posted by Jgs3100
Tuesday, June 22, 2010, under
|
1 comments
Alhamdulillah Bermula dari 9hb -19hb jun 2010 di Melaka Bandaraya Bersejarah, akhirnya Sukan Malaysia ke13(SUKMA) berakhir dengan jayanya, sasaran yang ditetapkan telah mampu di capai oleh Kontinjen johor dengan sebanyak 40 pingat emas, 39 pingat perak dan 53 pingat gangsa, Ini adalah pembuka kepada lebaran baru dalam memartabatkan Sukan Di negeri Johor yang mana selama 25 tahun tidak pernah memecahkan tembok 28 pingat emas, 2010 menjadi sejarah kepada perubahan Sukan di negeri Johor,Hasil Usaha Atlet dan Jurulatih selama ini menunjukkan hasil yang memberangsangkan. TAHNIAH SEKALI LAGI DI UCAPKAN,
kami di Pihak Team ISN Johor mengucapkan setinggi2 tahniah ke atas kejayaan Kontinjen Harimau Selatan dan Penghargaaan juga Kepada Sekkreteriat Sukma Johor Yang sudi Berkerjasama dan membawa Team ISN Johor ke sukma pada kali ini...

Harapan Kami Dr Team ISN Johor agar dapat terus Bekerjasama Dengan Majlis Sukan Negeri Johor, Jurulatih dan Atlet Kontinjen Harimau selatan dalam menuju Kegemilangan Sukan di Negeri Johor.
WHO AM I?
I AM A CHAMPION!!
karnival pelapis kebangsaan 1/2010 -2nd Day
Posted by Jgs3100
Friday, April 23, 2010, under
|
0
comments
pada hari kedua ini semua sukan telah berlangsung di vanue pertandingan masing-masing. untuk memanah, tinju dan sepak takraw berlangsung di stadium Sultan Abdul halim di Suka Menanti. atlet memanah serantau, fairus telah mendapat tempat pertama bagi jarak 70meter dan siti mendapat tempat ke dua.
Bagi sukan tinju pada hari kedua ini berlangsung peringkat suku dan separuh akhir bagi kategori masing- masing
untuk sukan takraw, 2 jenis kategori di pertandingkankan,
Untuk pertandingan silat, pertandingan di jalankan di Dewan Tuan Syed Omar, Terdapat 2 jenis kategori, silat seni dan olahraga, pada kejohanan kali ini 7 pesilat pelapis silat olahraga telah layak untuk ke peringkat separuh akhir.
kesemua acara hari ini tamat pada waktu petang pada pukul 6.30 ptg... tahniah kepada atlet yang telah layak kepringkat seterusnya. semoga dapat mencapai kilauan Emas di kejohanan pelapis pada kali ini.
sekitar karnival pelapis
Posted by Jgs3100
Thursday, April 22, 2010, under
|
1 comments
Tempat : Kedah darul aman
Tarikh :22/4/2010
karnival pelapis peringkat kebangsaan siri 1/2010 di kedah ini berlangsung dr 22-25hb april 2010.. seramai 2 orang pegawai dari Team ISN Johor telah terbabit dalam karnival pada kali ini... pada kali ini team pelapis johor menghantar sebanyak 7 acara untuk dipertandingkan, iaitu memanah,silat, tinju, takraw,gimrama, menembak,olahraga
Pada hari pertama in hanya 3 sukan telah berlangsung secara rasminya.. iaitu sukan Tinju, Gimrama dan silat. manakala bagi bagi sukan memanah, harini ada hari sigters dan tool inspection
Team ISN johor akan cuba meng"update" dari masa ke semasa.. Terima Kasih kepada USPN kerana melibatkan Team Johor kali ini..

Bengkel First Aid
Posted by Hi,
Monday, April 19, 2010, under
|
0
comments
Pada 17hb April 2010, satu bengkel First Aid telah diadakan di Hotel Grand Continental, Melaka. Bengkel ini telah disampaikan oleh penceramah daripada ISN. Ianya disasarkan kepada pengurus dan jurulatih yang terlibat dengan Sukan Malaysia 2010. Di antara topik yang telah dikupas oleh penceramah adalah seperti rawatan menggunakan ais, kecederaan patah tulang dan juga taping & strapping techniques. Berikut adalah klip-klip video bagi taping & strapping techniques.
Sukma Diadakan Setiap Tahun Bermula Tahun Hadapan
Posted by Jgs3100
Friday, April 9, 2010, under
|
1 comments
KUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama) -- Selepas 24 tahun dianjurkan sebagai temasya dwitahunan, Sukan Malaysia (Sukma) mungkin diadakan setiap tahun mulai 2011.
Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata bermula tahun hadapan, temasya Mini Olimpik yang diperkenalkan pada 2008, akan dimansuhkan dan diserap ke dalam Sukma.
Beliau berkata tuan rumah bagi Sukma yang diadakan setiap tahun itu akan diselang-selikan di antara Kompleks Sukan Negara di Bukit Jalil dan negeri-negeri.
"Bermula tahun hadapan Sukma yang digabungkan dengan Mini Olimpik akan diadakan dalam skala lebih besar. Cadangan mengadakan Sukma setiap tahun ini bagaimanapun perlu mendapat kelulusan Kabinet terlebih dahulu," katanya kepada pemberita, di sini pada Rabu.
Terdahulu, Ahmad Shabery mempengerusikan mesyuarat Lembaga Pengurus Majlis Sukan Negara (MSN) di Bukit Jalil. Turut hadir Ketua Pengarah MSN, Datuk Zolkples Embong dan Ketua Pengarah Institut Sukan Negara (ISN) Datuk Dr Ramlan Abd Aziz.Temasya Sukma ke-13 pada tahun ini akan berlangsung di Melaka, dari 10 hingga 19 Jun ini.
Ahmad Shabery berkata tujuan Sukma diadakan setiap tahun bagi membolehkan persatuan dan atlet sentiasa meningkatkan prestasi dan supaya persediaan ke kejohanan lebih besar dibuat dengan teliti.
"Jurang Sukma sebelum ini yang diadakan dua tahun sekali, agak jauh menyebabkan persatuan dan atlet tidak aktif dan hanya menunggu temasya tahun berikutnya," katanya.
Ahmad Shabery berkata Sukma di Kompleks Sukan Negara kelak akan memberi tumpuan kepada jenis sukan elit sementara temasya di negeri-negeri turut menawarkan acara sukan lain.
Mengenai isu tarikh penganjuran Sukma di Melaka yang berlangsung pada masa yang sama dengan Kejohanan Bola Sepak Piala Dunia di Afrika Selatan, Ahmad Shabery berkata tarikh penganjuran Sukma dipilih berdasarkan kesesuaian dengan cuti sekolah.
"Tiada arahan dikeluarkan supaya tarikh tersebut bertembung dengan Piala Dunia. Cuma Sukma memang diadakan pada musim cuti sekolah," katanya.
Piala Dunia akan berlangsung dari 11 Jun hingga 11 Julai.
hasil dr
http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newssport.php?id=486865

Team Silambam Sukma Johor! 2nd Edition
Posted by Jgs3100
Wednesday, April 7, 2010, under
|
2
comments
Pembentangan Keputusan Ujian Kecergasan SUKMA Negeri Sembilan
Posted by isn-johor
, under
|
0
comments
Pada 28 dan 29 Mac 2010 yang lepas, pasukan ISN Johor yang diwakili oleh Pegawai Fisiologi, Muhammad Ridzwan Zakaria dan Pegawai Suaian Fizikal, Mohamad Nawawi Farhan berada di Majlis Sukan Negeri Sembilan bagi membentangkan keputusan ujian kecergasan pasukan SUKMA Negeri Sembilan susulan daripada ujian kecergasan yang dijalankan pada 7-9 Mac yang lepas. Kehadiran jurulatih dan staff MSNNS sepanjang pembentangan amat memuaskan. Mereka memberi tumpuan sepenuhnya sepanjang pembentangan bagi meningkatkan kecergasan atlet masing masing menjelang SUKMA ke 13 di Melaka pada Jun nanti. Syabas diucapkan....

Jurulatih tekun mendengar semasa pembentangan