Posted by Jgs3100
Friday, April 23, 2010, under
|
pada hari kedua ini semua sukan telah berlangsung di vanue pertandingan masing-masing. untuk memanah, tinju dan sepak takraw berlangsung di stadium Sultan Abdul halim di Suka Menanti. atlet memanah serantau, fairus telah mendapat tempat pertama bagi jarak 70meter dan siti mendapat tempat ke dua.
Bagi sukan tinju pada hari kedua ini berlangsung peringkat suku dan separuh akhir bagi kategori masing- masing
untuk sukan takraw, 2 jenis kategori di pertandingkankan,
Untuk pertandingan silat, pertandingan di jalankan di Dewan Tuan Syed Omar, Terdapat 2 jenis kategori, silat seni dan olahraga, pada kejohanan kali ini 7 pesilat pelapis silat olahraga telah layak untuk ke peringkat separuh akhir.
kesemua acara hari ini tamat pada waktu petang pada pukul 6.30 ptg... tahniah kepada atlet yang telah layak kepringkat seterusnya. semoga dapat mencapai kilauan Emas di kejohanan pelapis pada kali ini.
Posted by Jgs3100
Thursday, April 22, 2010, under
|
Tempat : Kedah darul aman
Tarikh :22/4/2010
karnival pelapis peringkat kebangsaan siri 1/2010 di kedah ini berlangsung dr 22-25hb april 2010.. seramai 2 orang pegawai dari Team ISN Johor telah terbabit dalam karnival pada kali ini... pada kali ini team pelapis johor menghantar sebanyak 7 acara untuk dipertandingkan, iaitu memanah,silat, tinju, takraw,gimrama, menembak,olahraga
Pada hari pertama in hanya 3 sukan telah berlangsung secara rasminya.. iaitu sukan Tinju, Gimrama dan silat. manakala bagi bagi sukan memanah, harini ada hari sigters dan tool inspection
Team ISN johor akan cuba meng"update" dari masa ke semasa.. Terima Kasih kepada USPN kerana melibatkan Team Johor kali ini..
Posted by Hi,
Monday, April 19, 2010, under
|
Pada 17hb April 2010, satu bengkel First Aid telah diadakan di Hotel Grand Continental, Melaka. Bengkel ini telah disampaikan oleh penceramah daripada ISN. Ianya disasarkan kepada pengurus dan jurulatih yang terlibat dengan Sukan Malaysia 2010. Di antara topik yang telah dikupas oleh penceramah adalah seperti rawatan menggunakan ais, kecederaan patah tulang dan juga taping & strapping techniques. Berikut adalah klip-klip video bagi taping & strapping techniques.
Posted by Jgs3100
Friday, April 9, 2010, under
|
KUALA LUMPUR, 31 Mac (Bernama) -- Selepas 24 tahun dianjurkan sebagai temasya dwitahunan,
Sukan Malaysia (Sukma) mungkin diadakan setiap tahun mulai 2011.
Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata bermula tahun hadapan, temasya
Mini Olimpik yang diperkenalkan pada 2008,
akan dimansuhkan dan diserap ke dalam Sukma.
Beliau berkata tuan rumah bagi Sukma yang diadakan setiap tahun itu akan diselang-selikan di antara Kompleks Sukan Negara di Bukit Jalil dan negeri-negeri.
"Bermula tahun hadapan Sukma yang digabungkan dengan Mini Olimpik akan diadakan dalam skala lebih besar. Cadangan mengadakan Sukma setiap tahun ini bagaimanapun perlu mendapat kelulusan Kabinet terlebih dahulu," katanya kepada pemberita, di sini pada Rabu.
Terdahulu, Ahmad Shabery mempengerusikan mesyuarat Lembaga Pengurus Majlis Sukan Negara (MSN) di Bukit Jalil. Turut hadir Ketua Pengarah MSN, Datuk Zolkples Embong dan Ketua Pengarah Institut Sukan Negara (ISN) Datuk Dr Ramlan Abd Aziz.Temasya Sukma ke-13 pada tahun ini akan berlangsung di Melaka, dari 10 hingga 19 Jun ini.
Ahmad Shabery berkata
tujuan Sukma diadakan setiap tahun bagi membolehkan persatuan dan atlet sentiasa meningkatkan prestasi dan supaya persediaan ke kejohanan lebih besar dibuat dengan teliti.
"Jurang Sukma sebelum ini yang diadakan dua tahun sekali, agak jauh menyebabkan persatuan dan atlet tidak aktif dan hanya menunggu temasya tahun berikutnya," katanya.
Ahmad Shabery berkata
Sukma di Kompleks Sukan Negara kelak akan memberi tumpuan kepada jenis sukan elit sementara temasya di negeri-negeri turut menawarkan acara sukan lain.
Mengenai isu tarikh penganjuran Sukma di Melaka yang berlangsung pada masa yang sama dengan Kejohanan Bola Sepak Piala Dunia di Afrika Selatan, Ahmad Shabery berkata tarikh penganjuran Sukma dipilih berdasarkan kesesuaian dengan cuti sekolah.
"Tiada arahan dikeluarkan supaya tarikh tersebut bertembung dengan Piala Dunia. Cuma Sukma memang diadakan pada musim cuti sekolah," katanya.
Piala Dunia akan berlangsung dari 11 Jun hingga 11 Julai.
hasil dr
http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newssport.php?id=486865
Posted by Jgs3100
Wednesday, April 7, 2010, under
|
Tarikh : 03 April 2010 (Ahad)
Tempat : Pusat Latihan Silambam Taman Molek
Pemantauan dan sesi psikologi telah dijalankan ke atas atlet silamabam dan sesi ini akan berterusan setiap minggu hingga sukma 2010 berlangsung
Posted by Jgs3100
, under
|
Tarikh : 7-9 mac 2010
Tempat: Dewan tertutup majlis Sukan Negeri sembilan
Pembabitan : Atlet sukma Negeri Sembilan
terima kasih di ucapkan kepada semua yang terlibat dalam Ujian ini..
terima kasih
Posted by isn-johor
, under
|
Pada 28 dan 29 Mac 2010 yang lepas, pasukan ISN Johor yang diwakili oleh Pegawai Fisiologi, Muhammad Ridzwan Zakaria dan Pegawai Suaian Fizikal, Mohamad Nawawi Farhan berada di Majlis Sukan Negeri Sembilan bagi membentangkan keputusan ujian kecergasan pasukan SUKMA Negeri Sembilan susulan daripada ujian kecergasan yang dijalankan pada 7-9 Mac yang lepas. Kehadiran jurulatih dan staff MSNNS sepanjang pembentangan amat memuaskan. Mereka memberi tumpuan sepenuhnya sepanjang pembentangan bagi meningkatkan kecergasan atlet masing masing menjelang SUKMA ke 13 di Melaka pada Jun nanti. Syabas diucapkan....

Antara jurulatih yang hadir, pingpong, ragbi, badminton , tenis

Jurulatih tekun mendengar semasa pembentangan

Ridzwan menerangkan norma dan keputusan ujian kecergasan

Pengarah Majlis Sukan Negeri Sembilan Encik Fouzee memberi kata kata aluan
Posted by Jgs3100
Monday, March 29, 2010, under
|
Tarikh : 28/03/2010
masa : 8.00-12.30
Sukan : Perahu Layar
Untuk kali ini seramai 3 orang dari Team ISN Johor telah ke pusat latihan Perahu Layar di Tg Langsat, Pasir Gudang dalam membuat pemantauan dan memberikan perkhidmatan sains sukan. ketiadaan peralatan tidak menjadi penghalang kepada team ISN Johor untu memberikan perkhidmatan kepada atlet sailing johor....
semoga success sailing team
Posted by Jgs3100
Wednesday, March 24, 2010, under
|
Ini adalah usaha berterusan team ISN Johor dalam mendidik atlet dan jurulatih kearah pemakanan Sukan yang tepat bagi mencapai sukan Johor yang cemerlang
Design oleh En Azlan b Abd Aziz
Posted by Jgs3100
, under
|
Ini adalah usaha promosi yang berterusan team ISN Johor dalam mendidik atlet dan jurulatih kearah mencapai sukan Johor yang cemerlang
Design di rekacipta oleh En, Azlan b Abd aziz
Posted by Hi,
Wednesday, March 10, 2010, under
|
Satu sesi ujian kecergasan telah diadakan pada 10 hingga 12 Februari 2010 yang bertempat di Dewan Terbuka Akademi Serantau Zon Selatan. Ujian ini adalah bertujuan untuk merekod dan menguji tahap kecergasan atlet-atlet yang akan mewakili Negeri Johor ke temasya Sukan Malaysia XIII yang akan berlangsung di Melaka pada bulan Jun ini. Sesi ini telah disertai oleh atlet-atlet Pelapis Negeri Johor yang telah dipilih untuk mewakili Negeri Johor ke Sukan Malaysia XIII. Ujian yang dilakukan adalah vertical jump, standing broad jump, sit and reach, push-up, sit-up, dan juga yo-yo endurance test (beep test)..
Posted by isn-johor
Friday, February 19, 2010, under
|
Tahniah kepada Team ISN Johor Kerana Capaian Pengunjung telah Melebihi 1000 kali... semoga terus maju dalam menyampaikan berita dan aktiviti di Pusat Satelit Johor.... kepada para pegawai dan anggota.. diharap dapt terus memberikan aktiviti dan meng"update" blog ini
:) terima Kasih kepada yg menjayakannya
Posted by Anonymous
Tuesday, February 2, 2010, under
|